Jasa dan Sumbangan Muhammad_al-Fatih

Kejayaan baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan dan lawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Baginda merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin yang merupakan keturunan Abu Bakar As-Siddiq.

Antara sumbangan baginda adalah menakluk Constantinople yang juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine. Baginda jugalah yang menukar nama Constantinople kepada Kostantiniyye (varian Turki "Konstantaniah"). Kini nama tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kemal Atatürk kepada Istanbul. Di atas jasanya, Masjid Al Fatih telah dibina bersebelahan makamnya.

Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh & separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat rawatib sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.

Diceritakan bahawa semasa perarakan ke Trebizond, Uzun Hasan menghantar ibunya, Sara Khatun sebagai duta; sementara mereka terpaksa memanjat curam Zigana dengan berjalan kaki, dia bertanya Sultan Muhammad al-Fatih sebab-sebab dia harus menjalani kesulitan sedemikian hanya demi Trebizond. Baginda menjawab: "Ibu, di tangan saya adalah pedang Islam. Tanpa kesulitan ini, saya tidak sepatutnya berhak mendapat nama ghazi pada hari ini dan esok pula saya harus menutup muka saya dengan malu sebelum Allah."